Tuesday, January 18, 2011

SEBUAH PERKAHWINAN

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya...

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat ...

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya...

Berkahwinlah kamu demi Tuhan dan nabiNya , bukan berkahwin kerana mengikut perasaan dan mengikut kebiasaan...

Jodoh usah terlalu dirisaukan..

Tiba masanya ia akan datang menjemput namun perlu juga kamu membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang...

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan kilat petir . Kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilangnya sinar..rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi!!

Jika rasa belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu..

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik...

Bukan semua yang disangkakan membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. ..

Bahagianya mungkin ada.. Tetapi deritanya juga datang sama..

Semua benda pasti ada baik buruknya...

Demikian juga dengan sebuah perkahwinan ... Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah nabi sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya...

Tapi...

Ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam rumahtangga...

Bukankah dengan ijab dan kabul selainkan menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak???

Bukankah apabila gagal melaksanakannya ia akan membina dosa seterusnya jambatan ke neraka???

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermatian-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan impian menjadi nyata???

Jika tidak sanggup untuk bergelar suami / isteri, tidak usah berkahwin dulu...


Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ayah / ibu, belajarlah dulu...

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan...hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang...


Kalau panjang jambatannya, maka jauhlah perjalanan kita..

Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat..

Wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya..

Biarlah aku seorang diri dari menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti..

Memang aku mudah tersilap mentafsir kehidupan ini...aku selalu sangka, pasti aku bahagia kalai mendapat ini. Hakikatnya apabila aku benar-benar mendapat apa yang aku inginkan itu, ia juga datang bersama masalah ....


* aku inginkan sebuah kebahagian *

No comments:

Post a Comment