Aku harus percaya bahawa aku adalah seorang wanita yang suci kerana aku wanita yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh diri aku walaupun hatiku
Kerana Allah teramat mencintai aku
Tetapi tatkala aku bergelumang dengan cinta si dia pada ketika itu... Dimana Allah untuk menjaga aku???
Allah seperti telah melepaskan aku kepada si dia yang lebih banyak mengecewakan aku
dan kini Allah telah datangkan kesedaran ke dalam diriku supaya meninggalkan cinta si dia, aku percaya ini semua kerana Allah telah mengambil aku kembali untuk dijagaNya
Namun...mengapa aku masih ragu-ragu???!!!
aznee, kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Aku harus menghargai di atas kesempatan yang Allah telah berikan
Aku bangga melihat diriku menderita dalam sebuah perjuangan...sekurang-kurangnya aku tidak melihat diriku gembira dalam kelalaian
Aku bangga mendengar tangisan aku kerana sebuah pengorbanan... Sekurang-kurangnya aku tidak melihat tawaku dalam pengkhianatan
Aku bangga andai hati aku mati di sebuah medan kebenaran ... Sekurang-kurangnya hati aku tidak hidup dalam kesesatan
* terima kasih Allah *
No comments:
Post a Comment