Wednesday, January 19, 2011

DAN WANITA ITU ADALAH AKU

Aku harus percaya bahawa aku adalah seorang wanita yang suci kerana aku wanita yang dijaga oleh Allah

Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh diri aku walaupun hatiku


Kerana Allah teramat mencintai aku

Tetapi tatkala aku bergelumang dengan cinta si dia pada ketika itu... Dimana Allah untuk menjaga aku???

Allah seperti telah melepaskan aku kepada si dia yang lebih banyak mengecewakan aku

dan kini Allah telah datangkan kesedaran ke dalam diriku supaya meninggalkan cinta si dia, aku percaya ini semua kerana Allah telah mengambil aku kembali untuk dijagaNya

Namun...mengapa aku masih ragu-ragu???!!!

aznee, kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari

Aku harus menghargai di atas kesempatan yang Allah telah berikan

Aku bangga melihat diriku menderita dalam sebuah perjuangan...sekurang-kurangnya aku tidak melihat diriku gembira dalam kelalaian

Aku bangga mendengar tangisan aku kerana sebuah pengorbanan... Sekurang-kurangnya aku tidak melihat tawaku dalam pengkhianatan

Aku bangga andai hati aku mati di sebuah medan kebenaran ... Sekurang-kurangnya hati aku tidak hidup dalam kesesatan

* terima kasih Allah *

2 comments:

  1. I see happiness in u with this writing.. Please stay strong syg...
    Ape pun jadi.. Ingat Allah tu tak pernah kejam.
    DIA sentiasa menjanjikan kebahagiaan untuk
    hambanya...

    ReplyDelete
  2. betul tu min...cuma hati ni masih belum sepenuhnya tenang... terkadang besfren itu dtg juga - air mata

    ReplyDelete