Wednesday, January 19, 2011

KEKUATAN

Aku rindukan sebuah kekuatan jiwa

Namun, dimana dan bagaimana untuk aku cari kekuatan?? Kenapa aku masih terbayangkan segala kenangan terindah itu??

Aku masih belum cekal untuk hadapi kenyataan yang bakal tiba .. Mgkn kerna aku terlalu sayangkan dia

Walhal sedari awal aku sedar semuanya akan membuat aku menderita .. Ya... Menderita seperti hari ini dan mungkin sepanjang hayatku

Keadaan sekeliling ku seakan enggan dan bosan mendengar keluh kesah dan melihat linangan air mata aku.. Aku sedar itu

Kicauan burung juga seakan mengejek aku dengan segala kebodohan aku sendiri

Bilakah perasaan sedih dan kusam ini akan bertukar menjadi gembira dan berseri.

aku menunggu saat aku bakal dilupakan yang mana tidak sama dgn aku yang bakal mengingati

* masih tidak mampu *

DAN WANITA ITU ADALAH AKU

Aku harus percaya bahawa aku adalah seorang wanita yang suci kerana aku wanita yang dijaga oleh Allah

Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh diri aku walaupun hatiku


Kerana Allah teramat mencintai aku

Tetapi tatkala aku bergelumang dengan cinta si dia pada ketika itu... Dimana Allah untuk menjaga aku???

Allah seperti telah melepaskan aku kepada si dia yang lebih banyak mengecewakan aku

dan kini Allah telah datangkan kesedaran ke dalam diriku supaya meninggalkan cinta si dia, aku percaya ini semua kerana Allah telah mengambil aku kembali untuk dijagaNya

Namun...mengapa aku masih ragu-ragu???!!!

aznee, kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari

Aku harus menghargai di atas kesempatan yang Allah telah berikan

Aku bangga melihat diriku menderita dalam sebuah perjuangan...sekurang-kurangnya aku tidak melihat diriku gembira dalam kelalaian

Aku bangga mendengar tangisan aku kerana sebuah pengorbanan... Sekurang-kurangnya aku tidak melihat tawaku dalam pengkhianatan

Aku bangga andai hati aku mati di sebuah medan kebenaran ... Sekurang-kurangnya hati aku tidak hidup dalam kesesatan

* terima kasih Allah *

DAN WANITA ITU ADALAH AKU

Aku harus percaya bahawa aku adalah seorang wanita yang suci kerana aku wanita yang dijaga oleh Allah

Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh diri aku walaupun hatiku


Kerana Allah teramat mencintai aku

Tetapi tatkala aku bergelumang dengan cinta si dia pada ketika itu... Dimana Allah untuk menjaga aku???

Allah seperti telah melepaskan aku kepada si dia yang lebih banyak mengecewakan aku

dan kini Allah telah datangkan kesedaran ke dalam diriku supaya meninggalkan cinta si dia, aku percaya ini semua kerana Allah telah mengambil aku kembali untuk dijagaNya

Namun...mengapa aku masih ragu-ragu???!!!

aznee, kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari

Aku harus menghargai di atas kesempatan yang Allah telah berikan

Aku bangga melihat diriku menderita dalam sebuah perjuangan...sekurang-kurangnya aku tidak melihat diriku gembira dalam kelalaian

Aku bangga mendengar tangisan aku kerana sebuah pengorbanan... Sekurang-kurangnya aku tidak melihat tawaku dalam pengkhianatan

Aku bangga andai hati aku mati di sebuah medan kebenaran ... Sekurang-kurangnya hati aku tidak hidup dalam kesesatan

* terima kasih Allah *

Tuesday, January 18, 2011

SEBUAH PERKAHWINAN

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya...

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat ...

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya...

Berkahwinlah kamu demi Tuhan dan nabiNya , bukan berkahwin kerana mengikut perasaan dan mengikut kebiasaan...

Jodoh usah terlalu dirisaukan..

Tiba masanya ia akan datang menjemput namun perlu juga kamu membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang...

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan kilat petir . Kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilangnya sinar..rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi!!

Jika rasa belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu..

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik...

Bukan semua yang disangkakan membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. ..

Bahagianya mungkin ada.. Tetapi deritanya juga datang sama..

Semua benda pasti ada baik buruknya...

Demikian juga dengan sebuah perkahwinan ... Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah nabi sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya...

Tapi...

Ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam rumahtangga...

Bukankah dengan ijab dan kabul selainkan menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak???

Bukankah apabila gagal melaksanakannya ia akan membina dosa seterusnya jambatan ke neraka???

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermatian-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan impian menjadi nyata???

Jika tidak sanggup untuk bergelar suami / isteri, tidak usah berkahwin dulu...


Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ayah / ibu, belajarlah dulu...

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan...hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang...


Kalau panjang jambatannya, maka jauhlah perjalanan kita..

Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat..

Wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya..

Biarlah aku seorang diri dari menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti..

Memang aku mudah tersilap mentafsir kehidupan ini...aku selalu sangka, pasti aku bahagia kalai mendapat ini. Hakikatnya apabila aku benar-benar mendapat apa yang aku inginkan itu, ia juga datang bersama masalah ....


* aku inginkan sebuah kebahagian *

Friday, January 14, 2011

SEMAKIN HAMPIR

oh tuhan...


Dan masa itu semakin hampir

Tatkala dia sedang melangssaikan utusan

Aku di sini semakin berjelaga

apa di dalam hati??? Allah tahu semuanya


Aku mampu ketawa.... Tersenyum ....


Tapi sebenarnya aku terus terusan menangis


Tatkala ini aku mula terasa lemah

Ingin saja aku lari dari semua itu

* tolong jangan kejar aku *

Tuesday, January 4, 2011

SEBUAH KEHIDUPAN

dan kini...

Hidup aku semakin menyepi

Kenapa mesti ada februari dalam setiap tahun?

Aku jua mahu bahagia..

Tetapi bukan sebuah kebahagiaan dalam penderitaan



*pasrah dan redha - 2 perkataan yang cukup sebati kini*

Wednesday, December 29, 2010

TIDAK KESAMPAIAN

hmmmm....

ku kira sudah sampai masanya utk aku luahkan apa yang aku pendam selama ini

Teman,
Tahukah kamu yang aku sebenarnya menyukai kamu selama ini

Tapi aku sedar betapa banyak yang menghalang

Dan halangan itu bukan sesuatu yang remeh

Malah terkadang tidak terjangkau dek akal

Aku sedar semua itu wahai teman...

Maka aku hanya mampu mendoakan yang terbaik utk kamu dan semoga kamu bahagia..... (walau hati tidak begitu merelakan )